.

Tuesday, April 21, 2015

AL KISAH....KERETA YANG PALING AKU SAYANG







Pada tahun 2008...

Aku mendirikan rumah tangga seorang seorang pilihan hati ku....
Sewaktu perkahwinan kami, aku mempunyai sebuah kereta Mazda 323 berwarna merah...

Selepas berkahwin aku sambung bayar sebuah kereta Honda Ferio 1992 plat nombor RB9860 dari ibu mertuaku...
aku membayar ansuran RM450 sebulan selama 32 bulan , jadi ia berharga RM 14400.00...
Ia kereta tersadai... untuk membolehkan aku naik, aku membaiki lebih kurang RM1600.00 pada waktu itu....
Maka ia berfungsi macam biasa...

Ternyata..ia ada lah kereta yang aku paling sayang...

Pada 2010... kereta ini putus sub enjin... maka terpaksa aku keluarkan duit lagi lebih kurang RM1650.00..
Bermacam-macam lagi aku baiki...
Aku juga tukar power stering baru..grand sub ...semuanya baru...

Pada awal tahun 2014, sekali lagi sub enjin putus...aku tukar sekali dengan enjin bawah...
Aku telah membelanja kos membaiki Honda Ferio ini lebih RM 7000.00 + RM14400.00... 

Namun...
Pada akhir 2014, aku terpaksa berpisah dengan kereta kesayangan ku ini apabila aku 'bercerai' dengan isteriku...
Pihak keluarga isteriku ingin mengambil balik kereta tersebut...inilah padahnya kerana "tidak tukar nama atas geran" kerana nama atas geran adalah nama ibu mertua ku...
Dengan berat hati, aku terpaksa menyerahkan kereta ini, mereka berkata akan bahagi 1/3 bahagian untuk aku selepas ia dijual... maka kereta ini di nilaikan hanya RM2900.00 sahaja...
Apabila mereka mengatakan hendak menjual kereta tersebut dengan harga tersebut, aku mengatakan ingin mengambilnya balik dan sanggup membayar kepada hak mereka RM 4000.00 tetapi mereka tidak benarkan...

Aku sangat sayangkan ia..hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala yang berlaku...


Namun selepas mereka membaiki dan mengecat semula, mereka menjual RM12300.00....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...